Wednesday, September 29, 2010

OH!

Location: Saujana Utama

Hi All,

Hari ni I macam boring tak tau nak buat apa? so dikesempatan ini elokla hendaknya I cerita serba sedikit tentang  OH yang diadakan weekend hari tu ...(chee, xsabar dahni nak cerita!).

thank to all yang sudi datang OH kami pada hari tersebut...:) mmg tetamu yang hadir tak putus² 12 to 12 :D
gumbira rasa hati melihat makanan yang disajikan habis dilayan oleh tetamu yang sudi hadir..:)
Menu confirm pada hari tu:
Nasi tomato (ayam masak merah/ kurma daging),
Laksa Saujana Utama
Nasi impit

Nak ckp bab makan sure takan habis, part paling best apabila kawan² ex-IEM sudi meluangkan masa bergambar mcm nak gila. Member UTM pulak Ain sorg ja yg available aritu, thank sgt kerana sudi hadir.
Ramai lagi kenalan lain yang menggamatkan suasana pada haritu, kamu mmg BEST! kepada yang tak berkesempatan nak datang, takpa next year Insyallah I arrange lagi ye..(moga dipanjangkan umur).

dah la, setakat ni dulu ...kita ushar gambar² je la ek??

Till then..:D

Sara, with her glassless..so swit!

Geng Ex-IEm yg gegila!



Setelah sekian lama, dapat juga bergambar bersama.


tidak akan melepaskan sedikit pun peluang hebat ini..(bergambar bersama²)

our last guest :)







Wednesday, September 22, 2010

Ada open house pulak ke?

Hi All...

Best tak dah tak payah puasa? Tp rindunya bulan Ramadhan, coz mengenangkan nasib I yang terpaksa menggantikan puasa selama sebulan dan terus bersambung dengan puasa Ramadhan. Tapi sekarang dok terpikir nak menggantikan puasa pulak, best jugak klau dpt ganti sekarang, at least dapat juga pahala puasa 6 ni..

In my previous Post I ada mention yang NO OPEN HOUSE. Tp bila fikir² blk tak shoq pulak klau tak buat Open Hse..sebab tahun lepas dah buat. Semua kawan² pula sibuk bertanya "bila nak buat open house?" tak sampai hati pula nak cakap takda :P So dengan ini I and Mr.Syg dah decided nak buat this Weekend on Saturday 25 September 2010 bermula jam 11am sampai la ke tgh mlm (klau lambat kita layan megi ja). Ha...apa lagi, klau dah baca maksudnya saya dengan berbesar hati la menjemput u all sekali..ni Addrs ye : 143, SBCR, Saujana Utama, Sg Buloh.

Nak masak apa kan? Senang ² I plan nak buat nasi tomato ja cam menu last year, add-on la apa kudap² (tidbits) bg lenguh lagi mulut nak kunyah. =) Harapan hatiku menjadila masakan ku nanti =D
Kuih raya mmg la takda, ingat nak tapau dari Alor Star ke Saujana Utama, boleh pulak memory lost time tu. Nampak gayanya mcm kena pinjam ja kuih kat jiran sebelah! (patut kah?)

Barang persiapan utk masak baru nak pegi carik harini since ada pasar malam setiap Rabu kat Saujana, harap tak hujan la senang skit nak borong nanti. (list tak payah kot) pakai kepala otak geliga I je nak mengingat semua brg yang nak dibeli. ngeh..ngeh..ngeh!

So, kita tgu saja la sabtu ni tgk apa agaknya nak jadi ..

Ha...jgn baca saja! datang tau! u are invited!

Till then..
=)

daaa


Wednesday, September 8, 2010

Aidilfitri Menjelma...Ramadhan dirindui...

Hi All,

Eeh..Eh...kejap je dah nak abish puasa kan? esk da last ...esk pun i dah start cuti, tak sabar nak abiskan saki baki harini di office..(Boring..*) jiwa raga i dah campakkan ke Kedah, terbayang rendang daging mak yang pasti meletup! This year nak kena cover makan byk², sbb last year almaklumlah beraya selepas berpantang. (haha..larat ka?*)

This year juga merupakan th ke 2 beraya bersama Honey bunch n Mr.Syg. Tp lainya kalini raya 1st kena pulak turn Mr. Syg, so terpaksala beraya di perak dahulu, 2nd raya baru blk ke Kedah ...uwaa..lambat je rasanye...(tabahkan jiwa*)

tema raya this year: Purple color (mcm suwit*) baju amrin hafiy, last year punya. mum n dad kena jimat cermat...selagi boleh pakai kita tak payah bli ya baby! baju baby pun cantik lagi...=D untungnya color pun sama purple cuma tone ja lain skit! (kira ok la tuh*).

Kuih raya mmg i tak bli dan tak juga bikin sendiri...lagi satu cara berjimat.mkn ja kuih di rumah ibumertua ku itu. blk kedah pula dah boleh mkn Tat Jem Rapuh Kak na..(tgk kat FB cam terliur ja*).

Jemputan open hse baru ada dua stakat ni ...yang lain i taknak tgu jemputan (kita redah ja*). nama pun raya kan?? Bercakap mengenai open hse, i plan this year tak mau buat (malas kemas*). beraya jela rumah kawan² yg ada dulu. tp those yg free n nak dtg rumah tu, sgt² la dialukan. (tp koling² dulu ya).

Akhir sekali, I nak ucapkan;

"Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir Dan Batin, semoga hari raya yang mulia ini memberikan sejuta kebahagian dan kecerian buat semuaaa....

sebelum tu, saksikanlah video dari i utk semua peminat...:D



Till then,

=)

Wednesday, August 25, 2010

Datang lagi =(

Hi All,
 
Ini kisah harini..lepas bgn sahur pagi td, sudah semestinya i akan tido blk. Adeehh, baru nak lelapkan mata ni kepala i berdenyut kencang..(migraine dtg lagi tanpa diundang)..i ttp nekad nk tido dgn harapan ..reda la hendaknya bila bgn solat nanti...

Nampaknya apa yg ku harapkn tidak menjadi, kepala i ni berat semacam jee..bertambah teruk! semlm keta i hantar ke workshop, today my hb yg hantar ke tempat keje..wah..best gak boleh layan tido..tp migraine tetap sama.. berkali² my hb nasihatkan agar pergi klinik, tapi i yang taknak motif: taknak balik rumah tido. lagi satu my hb mintak kemaskan rumah tu sebelum balik kedah malam esk..malassnyaaa!

Kental nekad ni, sampai jugak i di office. mengadap pc, view blog...dan akhirnya, migraine ni semakin redha! =)

Ok, till then...


Friday, August 20, 2010

3 things that Make me Different

Hi All,

Today is friday...bersyukur sgt kerana masih bernyawa! suddenly teringat kisah hari jumaat... apa yg special pasal hari jumaat ni, kelahiran  seorg bayi songsang pada 27th lalu =) camne la time dalam perut mak dulu terpikir nak pusing blk? kui kui kui..tp alhamdulillah dah besar pun sekarang...

mak ckp time nak lahirkan i takde la susah mana ...cool ja! dah la bersalin kat rumah pulak tu! mmg dasat la my mom ni! 

Bila I dah membesar ..dah pandai mkn sendiri..mak selalu suruh I cuci tangan selepas makan (biasa la tuh), lepas tu cuci lagi selepas sesuap nasi...kemudian baru sambung mkn sampai habis. Tp perkara ni tak berlaku kalau kak nin (kakak ku) yg menyuap mknan ke mulut ku! ngaappp ..aku gigit tgn dia! sedap betol rasa!
Time mengaji pula ...baru nak mula Bismilah..ZZzzaaaaasSSssss, dgn lajunya rotan ustaz hinggap di tangan ku! addeeehhh bergenang air mata ni ...setiap hari klau pergi mengaji sure kena rotan dulu baru boleh start mengaji ...aku tertanya² ..apa salah ku? mengeja ALIF pun belom dah kena pukul...

Persoalannya,
..
..
..
korunk tahu ke kenapa?
?

?

?

Setelah berkali² kena cuci tangan 2 3 kali, kena rotan 2 3 kali baru kutahu...

rupanya ..



sejak dari hari i tahu semua tu ...i juga tahu bahawa 

I'm special!

so nak poyo sekali lagi nak list down 3 things that make me different

1) Dilahirkan pada hari jumaat
2) Songsang
3) kidal

I pernah teman kan kawan berjumpa dengan tukang tilik( teman je tau, I tak join), bila cerita dengan tukang tilik ni pasal 3 menda yang membuatkan I special, dia ckp..klau jadi Bomoh sure meletop! haha

Mungkin tidakkk....



Ok, till then....=)



Wednesday, August 18, 2010

Birthday Boy..

hello guy,

arini mcm free skit, so boleh la nak add entry for my honey bunch 1st birthday...sorry amrin, actually mummy lupa nak update sini!

Birthday ni berlangsung on past few weeks, 31 July 2010, pendek kata last monthly. Real date actully is on 2 Aug. terpaksa celeb awal skit due to kesibukkan mummy n daddy..

Majlis dimulakan dengan doa selamat selepas Asar, dan birthday celebration nya pulak after solat magrib.

Thanks to all guest =)


Honey Bunch 1st Birthday card.
Designer: Mummy

Guys, this is Amrin 1st Birthday invitation card. I yg buat design yang tak seberapa ni, but i really luv this pic! =)

Honey bunch wearing Baju melayu! hmmm, handsome syg mummy ni!
Pic ni diambile sewaktu kenduri doa selamat petang tu. Amrin dah pandai berdoa sekali, abis semua yang datang dia belek muka..:D
Honey Bunch Birtday Cake.
Choc Banana
Prepared by : Secret Recipe
At 1st, mmg nak order 3D cake dari Secret Recipe, tp memandangkan it take about 5-7 working days nak siapkan, terpaksa la amik Choc Banana..but not bad. Mummy order for your 2nd birthday ya darling =) 
Party Pack for kids
.
.
.

Now lets sing "Birthday Song.." to Amrin Hafiy..

Dah ready nak potong ni..=)
Yeahh...finally..
ishh..nomot nangat muka dia ni ... dah nampak sgt muka birthday boy time ni keletihan.. mari kita tukar baju n tido kan dia dulu ..:)
So utk syg mummy, mummy doakan Amrin Hafiy akan sentiasa dirahmati Allah, jd insan yang baik, taat, dah bertanggungjawab ya...Semoga kehidupan syg mummy ni sentiasaa ceria! I love u Amrin Hafiy...Muuaahhh!

Monday, August 16, 2010

Best Puasa...=)

uhukk uhukkk....fuuhhh ...fuuhhh.... dah berabuk n bersawang blog i ni rupanya.

Hi all =)

Sedar tak sedar dah abis puasa gantiku selama sebulan ... dan dah masuk 6 hari kita berpuasa Ramadhan ... selamat berpuasa ya semua.
Camna, korunk berbuka n sahur best tak? time puasa tu lagi best kan? relax je tetiba dah petang ...pantas betul masa berlalu. this year, i baru mula berpuasa dgn hb tersyg ...terkenang puasa dulu time skolah,bangun sahur ja lauk dah terhidang, nak berbuka tolong mak sikit ja..pastu dah boleh makan ...

Seronok betul if i can turn back time...

sekarang ni lain, tanggungjawab tu dah terletak kat bahu ni..ha baru nak sedar macam mana mak i rasa dulu ... puasa ganti i simple je, bangun sahur kena air masak 2 3 gelas + suppliment., siaapp dah boleh tido balik..tp bila puasa ramadan ni nak kena siapkan semua untuk hb. time blk keja pulak kol5.45..smp rumah pulak dah pukul 7, time tu mmg tak boleh letak bontot, memang kena terus terjah ke dapur. time azan tu dok sibuk masak...nasib hb ok, jamah kuih dengan air je dulu.

sahur pun sekarang kena bgn masak ...tp smlm hb cakap, awal puasa ja nak bangun sahur ...nanti2 bangun minum ja...lega skit dengar...hihi

kepala pun pening nak pikir menu berbuka... masak je ala kadar simple2,janji kenyang n tak membazir kan..?

arini saja da dapat byk jemputan berbuka ...suka rasa dijiwa..horreeyy tak payah masak!

Terima kasih kepada yang sudi mngundang...=)

I teringin jugak nak buat majlis berbuka posa kat rumah, tp mengenangkan nak masak untuk 2 org pun dah letih ...ini kan pula utk org ramai ...

dengan ini, i lebih selesa buat keputusan pergi berbuka di rumah kawan² yang sudi mgundang...:D

klau masih ada yg nak mgundang, masih byk lagi available date utk di isi ni ...

Ok, smp sini je dulu kot...:) doa kan i Rajin update blog ni lagi ...



"Selamat Berpuasa dan Selamat Beramal Semuaaa"





Related Posts with Thumbnails