Thursday, December 30, 2010

PEMENANG CONTEST !!!

Salam all,

Kini tiba la masa cik apa umumkan Pemenang Contest  anjuran cik apa last month! (lama betul nak announce kan?) sorry sesangat kepada semua peserta ...=) senyum skit! cik apa tersangat bz, harini curik time nak update pemenang untuk ............


neyyy.....cube check tgk kot2 la gambar cumil korunk ada kat sini...


1st - Muslimah Vouge

2nd - Yantie


3rd - Fidiela
Untuk 5 lagi pemenang hadiah sagu hati, cik apa akan contact u all tru email k! cayang korunk!

Thank to all yang sudi join Contest ni ya...nanti jika ada rejeki lagi, cik apa anjurkan contest gempak yang lain pulak ...Insyallah (kena tgu time rerexx skit)


Thanks all....

till then..

muahhh!

Thursday, December 2, 2010

Peserta Contest!

Salam All,

Cik apa nak buat announcement skit ni ....pemilihan peserta masih lagi dalam process...

Harap bersabar ye!

Cik apa yg tak sabar nak announce pemenang nih!

hihi

da~

Thursday, November 11, 2010

i ADORE StrawberryShawl - Contest (STICKY MODE)

Hi All,

untuk pertama kalinya cik apa nak anjurkan satu Contest bagi tujuan mempromosikan blog business cik apa yang masih belom setahun jagung tu.contest ni cik apa nak namakan;

i ADORE StrawberryShawl
3rd Nov 2010 until 30th Nov 2010 


Banner


contoh gambar yang tak seberapa ini..=)

cik apa mencari 3 pemenang bagi tempat
Pertama(1st),
keDua (2nd) dan
keTiga(3rd)
dan ada 5 hadiah sagu hati untuk diberikan.

Hadiah-hadiah nya pula tentulah terdiri daripada koleksi-koleksi StrawberryShawl yang sangat menarik!
apa lagi kengkawan semua, marilah sama-sama kita memeriahkan contest cik apa ni =)


Syarat-syarat penyertaan:

mestilah Warganegara Malaysia; tidak mengira umur dan jantina.

cara nak mengambil bahagian cik apa punya contest ni tak susah...begini caranya:

1) be my follower blogs yantyclicks & StrawberryShawl
2) buat satu entry di blog anda, letakkan Tajuk entry anda "i ADORE StrawberryShawl" (link your entry to this entry)  
3) copy & paste Banner cute ni ke entry & side bar (link to this entry)
4) Setiap entry anda mestilah mempunyai satu gambar anda yang paling cun,creative, menarik, tertarik dan sememangnya debomm menggayakan tudung ataupun shawl. ■ pic anak pon boleehh... (contoh macam gambar cik apa kat atas nun..)
5) Ajak rakan anda untuk turut serta.
6)last sekali, pastikan anda fill up form ini ya..:) 



banyak jam tapi tak banyak masa...

Hi All,

ish, ish, ish.....pejam celik pejam celik...dah hari jumaat nih!rasanya baru semalam ja jumaat lepas (ha ayat pun dah berbelit) cepat betul masa berlalu dalam dunia sekarang! dulu kalau hari-hari keboring, rasa la lambat betul masa berlalu, tp sekarangni ....boring la tahap dewa pun, tetapi singkat jugak masa nih!  memang sahih la masa semakin singkat merupakan tanda dunia ni dah nak kiamat....sampai nak curik masa pun dah tak boleh dah!

cik apa ada terbaca dalam Muslim Diary : http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=786


Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

      "Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga .... zaman semakin berdekatan (terasa singkat)". (Shahih Al-Bukhari, Kitab Al-Fitan 13:81-82) 

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.

      "Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan (semakin singkat), setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum'at, sejum'at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap". (Musnad Ahmad 2 : 537-538 dengan catatan pinggir Muntakhab Al-Kanz. Dan diriwayatkan pula oleh Tirmidzi dari Anas : Tuhfatul Ahwadzi Syarah Jami'ay Tirmidzi, Awab Zuhud, Bab Maa Ja-a fi Taqoorubis Zaman wa Qashril Amal 6:624-625. Ibnu Katsir berkata, "Isnadnya menurut syarat Muslim" : An-Nihayah fil Fitan wal Malahim 1:181 dengan tahqiq Dr Thaha Zaini) 


betul lah apa yang cik apa rasakan selama ni, ingatkan terlalu busy sampai terasa masa tu cepat, rupanya tidak sama sekali ...ishh terdetik dihati..(banyaknya dosa dalam diri ni) bila la nak bertaubat...khiamat tu kita pun tak tau bilakan?kenapala tak bertaubat ja dari sekarang? takkan nak tunggu kiamat dekat baru nak taubat? (sama case macam nak terberak baru nak korek lubang?) mungkin kejap lagi mati...(haa...sapa tahu) yaAllah ...kerdilnya rasa diri..jahilnya rasa diri...

tengah cik apa dok buat entry ni, amrin hafiy boleh pulak sarungkan jam en.syg ke tangannya yang kenit tu...en.syg amik jam tu dari tangan amrin hafiy...haa apa lagi,beria la amrin hafiy,menjuraikan air mata..terpikir lagi cik apa disini, "nak kena tgu masa ditarik ka baru nak buat benda berpaeda skit?meraung pun da takdak guna..."arghhh lagi la rasa tersentuh dengan sindiran untuk diri sendirini!

mr.google cik apa pinjam jam yang banyak nih ek?

Lagi satu...marilah kita sama-sama beringat..

mempunyai banyak jam bukan bererti kita mempunyai banyak masa yaa...:P 
tp mak masuk kerja hari-hari lambat jua...(itu volleey lakan nyahh?)

till then :)


Monday, November 8, 2010

mc bersama Amrin Hafiy

Hi All,

harini cik apa MC, akit yut (diarrhea), sepatutnya ada on-site training, dah cik apa tak dapat pegi. dari bagun sampai sekarang cik apa blom makan apa2...takut muntah and risau nak jumpa Dr. Tan lagi (pedihhh..) tp cik apa ada minum protein and minum glucose, at least rasa better. 

jam 11.00pg td sewaktu perut ini buat hal, my super hero Amrin Hafiy pon agak active, laptop ni dia yang conquer, cik apa boleh pandang je...hilang je boring dengan laptop, activiti seterusnya, naik tangga. waktu tu memang dah tak terdaya cik apa nak bangun mengejar Amrin Hafiy...tetiba...debuuupp, argghhh! confirm, Amrin dah jatuh tangga..sakit-sakit pon,cik apa kena bangun berlari, hymm dah tertiarap....berdarah mulut! ice..ice...cepat cik apa dapatkan ice tekup ke mulut...darah da stop, tp bibir Amrin sedikit bengkak... rasa tak tahan mendengar jeritan Amrin, tp cik apa ttp cool, (jgn gambra klau tak apa pun tak jadik). Amrin tetap menangis, siann sure sakit sangat nih! cik apa buatkan susu dah bobokkan Amrin..sampai pukul 2.00 petang kitrg tertido.

bangun tido, cik apa buatkan susu buat Amrin, bukan main Amrin minum susu sambil layan Wonderpets save the chimp. (tersenyum tengok dia menari) agaknya ini la activiti Amrin di rumah baby sitter :p opsss ....berlari lagi jumpa Dr. Tan.. (letihhnyee...) 

bengkak di mulut Amrin semakin reda, dah sekarang Amrin dah pakai kasut di tangan...pelan-pelan Amrin merangkak manuju ...hah, ketangga lagi! i have to stop now!

till then...:)

Thursday, November 4, 2010

cik apa n mimizuzuhaha yg nomey nangat!

Hi All,
weekend lepas cik apa g soping kat comat! cik apa terjumpa ngn budak tomey nama dia mimizuzuhaha, (ala,budak comot 2 tocang tu). sibuk mintak nak dukung Amrin Hafiy (rasanya Amrin lagi besar dari mimi kan?) tak brani cik apa nak kasi.

tp yg cik apa pelik sempat pulak en me snap gambo kitrg ni. ney tgk ni. cute gileess kan? (class, i loike!)

tq mimi! cik apa cayang mimi! cute vetul cik apa dalam ini gambar!

till then,

Friday, October 29, 2010

Contest Cuba Teka Berat Qaisara

Hi All,

this is the 3rd time cik apa join contest :P (nampak sgt takda keja)

closing date: 21 November 2010 (11.59malam)

kalini contest utk 

berapa la agaknya ek?
cik apa teka berat Qaisara ni 
11.8kg =) 
so, to all, jom la ramai² kita join contest ni jomm!!! click here to join!

Thursday, October 28, 2010

koma sehari

Hi All,

today cik apa takdak mood nak buat keja, lepas tu cik apa nak membebel skit.smlm cik apa kena tegur dengan boss pasai cik apa dok bersila atas kerusi. (pelik kan?yang penting salah kah?) tp cik apa sangat suka, ala² buat kerja sambil cicah garam belacan tepi bendang (layan habis)..baru la enjoy buat kerja. biasala asal pun dari kampung.

cik apa ni tidak berpuas hati bukan pasal boss tegur, tp pasal boss soh assistant manager yang tegur cik apa. cik apa senyum dan nak tergelak pun ada bila baca message dari assistant manager tu.(terbayang buruknya tebiat haku) cik apa pelik apsal boss tak tegur sendiri ek?? (takkan dia malu dengan cik apa kot) nak ja cakap dengan boss tu tak payah la nak jaga hati cik apa ni pasal cik apa open minded apa! cik apa balas message thank you =) kepada assistant boss tu, pastu cik apa jugak hantar message direct to boss cik apa. tunggu jugak kot-kot dia nak balas, tp harammm...bayang message masuk pun takdak! 

kalau dia tak naikkan gaji cik apa pun, cik apa tak heran and tak amik hati pun (cik apa bukan nak riak, ini kan company dia) cik apa ni semut merah ja..hihi

harini cik apa nak kena buat report untuk di implement kepada generasi sedia ada dan generasi akan datang, sebabnya kekdah cik apa untuk export out database into 1 file dah berjaya bagi menggantikan kekdah kuno yang digunakan selamani. lepastu cik apa nak kena convert 3 databases untuk training next month. tapi disebabkan mood cik apa tengah berada dalam koma yang sangat kritikal untuk layan kerja opis arini, satu apa pun tak menjadi lagi.(cik apa tengah makan gaji buta) nanti kalau boss tanya, kenapa blom siap, cik apa nak jawab "Kaki cik apa ni lenguh" sebab tak boleh bersila atas kerusi. (berani kah?) 

haaa...arini cik apa rasa macam staff baru pulak di opis ni, duduk tegak macam pokok kelapa. kaki cik apa pun da kebas² ni.terpaksa la cik apa harungi jugak! (sabar jala dik non oi..) bila difikir secara +ve, sayang jugak boss kat cik apa, pasal dia selalu skodeng apa cik apa buat. (secret admire kah?)

::boss isap rokok dalam opis cik apa tak bising pon! (mak tau dia boss)


till then =)

Wednesday, October 27, 2010

PAPA & BABY CONTEST ! !

Hi All,

cik apa join contest lagi ...mcm best pulak! :D
closing date:14 November 2010
click HERE to join the contest! jom la!


PAPA bersama Baby
ini pula picture Daddy bersama Amrin Hafiy 

Nama Daddy: Aminuddin
Nama baby: Amrin Hafiy
Umur baby: 1th 2bln

wish me luck!

Saya Nak Beg Itu!♦♦♦GIVE☺AWAY

Hi All

cik apa join contest! haha...1st time nih...
closing date : 30th October 2010 
click HERE  to join the contest! hurry....





Tuesday, October 26, 2010

Cik Apa...

Hi All,


haihhh...hari I teringat zaman sekolah dulu. Ada sorang cikgu ni memang best! Namanya cikgu siti, murid paling manja tu I la ...hihi selalu pegi lepak dan makan di rumah cikgu ni. sebab tu la SPM BM dapat A1, haha..
teringat panggilan cikgu ni kapada semua student. "cik apa". dulu setiap kali cikgu ct bercakap. Perkataan yang dinanti dan akan disambut dengan senyuman ada "cik apa".

lepas saja SPM, I tak lagi berjumpa dengan cikgu siti, kalau jumpa rasanya dia marah tak sebab I dah lama tak penah juguk dia? :P hopefully tak

sekarang ni memang terasa rindu bangat sama cikgu siti. oleh itu sebagai tanda penghargaan di atas jadi dan pengorbanan cikgu.

Date: 26 October 2010 (Tuesday)
Time: 5.01pm

I ingin melancarkan kata ganti diri/nama timangan/nama manja/nama nomey untuk I to

"cik~apa"

hik! cik~apa undur diri dulu...:D

till then =)






Thursday, October 21, 2010

GEMUK dan bukan GEBUU!

Hi All,

Lately I feel that I am so damn GEMUK! Huh, memang betul-betul tak best bila lelemaks tidak lagi dapat dicover. Sungguh tidak menyenangkan.(euww). Bila ku usulkan perkara ini kepada rakan-rakan, ramai pula yang menafikan I GEMUK! (hmm tuan empunya badan ja yang tau).

Bila badan dah mengalami masalah GEMUK tak terkata ini, mula la terbayang saat-saat indah sewaktu zaman muda remaja. tak la kurus sangat tp lebih kecil berbanding sekarang. I mula mengesan masalah GEMUK ni sejak mengandungkan Amrin Hafiy, berat badan meningkat 2-2.5 kg sebulan. Masalah ini bukan disebabkan baby yang dikandungkan terlalu besar, tetapi nafsu makan I pada waktu tu memang tak dapat dikawal, tambahan pula bila dipengaruhi dengan kata-kata makan saja, kesian "Baby Lapar", "Ala~ takpa, makan ja lepas bersalin sure kurus!". Sungguh dukacita bila lahir saja Amrin Hafiy, I tetap maintain GEMUK! (uwaa) even I breastfeeding Amrin Hafiy until his 9 mths age.

Disebabkan tidak mahu terlalu memberi tekanan pada diri ini, I telah memberi tempoh selama 9 bulan selepas bersalin untuk mendapatkan bentuk badan yang asal. (penat jugak la telinga ni bila ramai yang mengatakan "Waahhh, makin berisi ya sekarang"... (takpa sabar-sabar).. Kekentalan dalam diri ni makin bertambah, sebab nak mengantikan puasa sebulan (berpantang bulan Ramadhan) dan disambung pula dengan puasa ramadhan yang lepas,YES, akhirnya, turun lagi 5kg dan kembali ke berat badan asal before my 1st pregnancy!

and now, after Raya... I become worried again.  lelemaks dah mula berleluasa semula!mau tidak nya lately Mr.Syg and I dah tak menjamu selera di luar. Jadi jawapanya I kena la masak sesampainya di rumah dari office. Tau la bila masak sendiri, nak kena la habis kan. (sungguh berselera). Ha ni hidangan yang sungguh lazat untuk last nite...hari-hari lain you all tak tengok lagi...bup bab air liur tu nanti. mana tak GEMUK...




Bila pagi breakfast tidak ditinggalkan,
Bila tengahari lunch pula terpaksa makan,
Bila malam dinner sudah tentula sakan,
Bila GEMUK seantero Malaya aku kecohkan!

So, pasni hopefully dapat maintain kecik sket daripada sekarang...kurus sangat I tak gemoo (hik)

::baruja nak ending entry ni Mr. Syg baru call tanya "Nak nasi lemak tak?" wahh sedapnya! gemuk pun gemuk la!

till then :)


Monday, October 18, 2010

my best friend's wedding

 Hi All,

Special Entry is for 
Anny Shahril

Last Saturday on 16/10/2010 I was attended 1 grate-peaceful ceremony. Wedding reception with only 1 table and 10 chairs left! Oh no, how could this thing happen?a~ha...what to say, we've been their after everything done and people start packing things and the bridegroom are ready for outdoor photo shoot. (lambat) ::presumption: we're the last guest rite?

Even we’re late but we so lucky been accompanied by En. Shahril and Pn. Anny while enjoying the Nasi Minyak and this is one of the reason why we came late :D). Pengantin sure nyampah je rite? yala..at least we can make them remember that we've attended their big day! Horeeyyy…(suke sendiri)

Pn. Anny looks so gorges and pretty while En. Shahril look so tampan in purple color. 

For both of you; Congrats and we’ll pray for your Endless love...

Here's some picture that I snap on that day..

En. Groom n Mr. Syg


Pn. Bride and I
3 ladies with 1 macho boy

Next year + 1

Macho boy in center




mummy tetap vogue!
till then...;)


Hafiy 1st Hair cut and go Bald?!!!

Hi All,

Bertemu lagi kita kali ini setelah lama menyepi, (takda bahan). Kali ni ada cerita menarik tentang Amrin Hafiy diserang shaving machine kat kedai mamak pada malam jumaat bersamaan 15hb October 2010. Keadaan agak terkawal pada malam tersebut kerana Amrin Hafiy memberikan kerjasama yang amat memuaskan kesemua pihak. Fantastic!!!

Actually we're planned to cute his hair dah lama, but sometimes rasa mcm sayang pulak dengan rambut Amrin yang halus (hanya gunakan jari tu). But after a few months we (Mr. Syg n me) discuss about this, then we've decided to bald his head. Well, actually just to let him has a dense hair, pasni bley la mummy buat rambut helmet utk Hafiy!

Let's take picture with Hafiy b4 he turn to bald head.

Mummy sayang Hafiy


So, poject dilancarkan pada Jumaat malam Sabtu selepas magrib. Amrin has gave full co-operation to mum & dad and especially barber man so that everything goes smoothly.. and hasilnya Alhamdulillah sungguh memuaskan hati.


Nervous
Hafiy's wrinkled his face while barber man cut his hair and he just silent. (kesian mummy tengok). Cayalah sayang mummy you are so clever!

Rasanya cukur rambut Hafiy kali ini lebih mudah jika dibandingkan dengan 1st time cukup jambul...

This is the amazing video:

video
Mummy bagi upah susu yang dibancuh oleh daddy untuk bijak mummy ni!


Tidur ya sayang...:)

till then :)

Wednesday, September 29, 2010

OH!

Location: Saujana Utama

Hi All,

Hari ni I macam boring tak tau nak buat apa? so dikesempatan ini elokla hendaknya I cerita serba sedikit tentang  OH yang diadakan weekend hari tu ...(chee, xsabar dahni nak cerita!).

thank to all yang sudi datang OH kami pada hari tersebut...:) mmg tetamu yang hadir tak putus² 12 to 12 :D
gumbira rasa hati melihat makanan yang disajikan habis dilayan oleh tetamu yang sudi hadir..:)
Menu confirm pada hari tu:
Nasi tomato (ayam masak merah/ kurma daging),
Laksa Saujana Utama
Nasi impit

Nak ckp bab makan sure takan habis, part paling best apabila kawan² ex-IEM sudi meluangkan masa bergambar mcm nak gila. Member UTM pulak Ain sorg ja yg available aritu, thank sgt kerana sudi hadir.
Ramai lagi kenalan lain yang menggamatkan suasana pada haritu, kamu mmg BEST! kepada yang tak berkesempatan nak datang, takpa next year Insyallah I arrange lagi ye..(moga dipanjangkan umur).

dah la, setakat ni dulu ...kita ushar gambar² je la ek??

Till then..:D

Sara, with her glassless..so swit!

Geng Ex-IEm yg gegila!



Setelah sekian lama, dapat juga bergambar bersama.


tidak akan melepaskan sedikit pun peluang hebat ini..(bergambar bersama²)

our last guest :)







Wednesday, September 22, 2010

Ada open house pulak ke?

Hi All...

Best tak dah tak payah puasa? Tp rindunya bulan Ramadhan, coz mengenangkan nasib I yang terpaksa menggantikan puasa selama sebulan dan terus bersambung dengan puasa Ramadhan. Tapi sekarang dok terpikir nak menggantikan puasa pulak, best jugak klau dpt ganti sekarang, at least dapat juga pahala puasa 6 ni..

In my previous Post I ada mention yang NO OPEN HOUSE. Tp bila fikir² blk tak shoq pulak klau tak buat Open Hse..sebab tahun lepas dah buat. Semua kawan² pula sibuk bertanya "bila nak buat open house?" tak sampai hati pula nak cakap takda :P So dengan ini I and Mr.Syg dah decided nak buat this Weekend on Saturday 25 September 2010 bermula jam 11am sampai la ke tgh mlm (klau lambat kita layan megi ja). Ha...apa lagi, klau dah baca maksudnya saya dengan berbesar hati la menjemput u all sekali..ni Addrs ye : 143, SBCR, Saujana Utama, Sg Buloh.

Nak masak apa kan? Senang ² I plan nak buat nasi tomato ja cam menu last year, add-on la apa kudap² (tidbits) bg lenguh lagi mulut nak kunyah. =) Harapan hatiku menjadila masakan ku nanti =D
Kuih raya mmg la takda, ingat nak tapau dari Alor Star ke Saujana Utama, boleh pulak memory lost time tu. Nampak gayanya mcm kena pinjam ja kuih kat jiran sebelah! (patut kah?)

Barang persiapan utk masak baru nak pegi carik harini since ada pasar malam setiap Rabu kat Saujana, harap tak hujan la senang skit nak borong nanti. (list tak payah kot) pakai kepala otak geliga I je nak mengingat semua brg yang nak dibeli. ngeh..ngeh..ngeh!

So, kita tgu saja la sabtu ni tgk apa agaknya nak jadi ..

Ha...jgn baca saja! datang tau! u are invited!

Till then..
=)

daaa


Wednesday, September 8, 2010

Aidilfitri Menjelma...Ramadhan dirindui...

Hi All,

Eeh..Eh...kejap je dah nak abish puasa kan? esk da last ...esk pun i dah start cuti, tak sabar nak abiskan saki baki harini di office..(Boring..*) jiwa raga i dah campakkan ke Kedah, terbayang rendang daging mak yang pasti meletup! This year nak kena cover makan byk², sbb last year almaklumlah beraya selepas berpantang. (haha..larat ka?*)

This year juga merupakan th ke 2 beraya bersama Honey bunch n Mr.Syg. Tp lainya kalini raya 1st kena pulak turn Mr. Syg, so terpaksala beraya di perak dahulu, 2nd raya baru blk ke Kedah ...uwaa..lambat je rasanye...(tabahkan jiwa*)

tema raya this year: Purple color (mcm suwit*) baju amrin hafiy, last year punya. mum n dad kena jimat cermat...selagi boleh pakai kita tak payah bli ya baby! baju baby pun cantik lagi...=D untungnya color pun sama purple cuma tone ja lain skit! (kira ok la tuh*).

Kuih raya mmg i tak bli dan tak juga bikin sendiri...lagi satu cara berjimat.mkn ja kuih di rumah ibumertua ku itu. blk kedah pula dah boleh mkn Tat Jem Rapuh Kak na..(tgk kat FB cam terliur ja*).

Jemputan open hse baru ada dua stakat ni ...yang lain i taknak tgu jemputan (kita redah ja*). nama pun raya kan?? Bercakap mengenai open hse, i plan this year tak mau buat (malas kemas*). beraya jela rumah kawan² yg ada dulu. tp those yg free n nak dtg rumah tu, sgt² la dialukan. (tp koling² dulu ya).

Akhir sekali, I nak ucapkan;

"Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, Maaf Zahir Dan Batin, semoga hari raya yang mulia ini memberikan sejuta kebahagian dan kecerian buat semuaaa....

sebelum tu, saksikanlah video dari i utk semua peminat...:D

video


Till then,

=)

Wednesday, August 25, 2010

Datang lagi =(

Hi All,
 
Ini kisah harini..lepas bgn sahur pagi td, sudah semestinya i akan tido blk. Adeehh, baru nak lelapkan mata ni kepala i berdenyut kencang..(migraine dtg lagi tanpa diundang)..i ttp nekad nk tido dgn harapan ..reda la hendaknya bila bgn solat nanti...

Nampaknya apa yg ku harapkn tidak menjadi, kepala i ni berat semacam jee..bertambah teruk! semlm keta i hantar ke workshop, today my hb yg hantar ke tempat keje..wah..best gak boleh layan tido..tp migraine tetap sama.. berkali² my hb nasihatkan agar pergi klinik, tapi i yang taknak motif: taknak balik rumah tido. lagi satu my hb mintak kemaskan rumah tu sebelum balik kedah malam esk..malassnyaaa!

Kental nekad ni, sampai jugak i di office. mengadap pc, view blog...dan akhirnya, migraine ni semakin redha! =)

Ok, till then...


Friday, August 20, 2010

3 things that Make me Different

Hi All,

Today is friday...bersyukur sgt kerana masih bernyawa! suddenly teringat kisah hari jumaat... apa yg special pasal hari jumaat ni, kelahiran  seorg bayi songsang pada 27th lalu =) camne la time dalam perut mak dulu terpikir nak pusing blk? kui kui kui..tp alhamdulillah dah besar pun sekarang...

mak ckp time nak lahirkan i takde la susah mana ...cool ja! dah la bersalin kat rumah pulak tu! mmg dasat la my mom ni! 

Bila I dah membesar ..dah pandai mkn sendiri..mak selalu suruh I cuci tangan selepas makan (biasa la tuh), lepas tu cuci lagi selepas sesuap nasi...kemudian baru sambung mkn sampai habis. Tp perkara ni tak berlaku kalau kak nin (kakak ku) yg menyuap mknan ke mulut ku! ngaappp ..aku gigit tgn dia! sedap betol rasa!
Time mengaji pula ...baru nak mula Bismilah..ZZzzaaaaasSSssss, dgn lajunya rotan ustaz hinggap di tangan ku! addeeehhh bergenang air mata ni ...setiap hari klau pergi mengaji sure kena rotan dulu baru boleh start mengaji ...aku tertanya² ..apa salah ku? mengeja ALIF pun belom dah kena pukul...

Persoalannya,
..
..
..
korunk tahu ke kenapa?
?

?

?

Setelah berkali² kena cuci tangan 2 3 kali, kena rotan 2 3 kali baru kutahu...

rupanya ..



sejak dari hari i tahu semua tu ...i juga tahu bahawa 

I'm special!

so nak poyo sekali lagi nak list down 3 things that make me different

1) Dilahirkan pada hari jumaat
2) Songsang
3) kidal

I pernah teman kan kawan berjumpa dengan tukang tilik( teman je tau, I tak join), bila cerita dengan tukang tilik ni pasal 3 menda yang membuatkan I special, dia ckp..klau jadi Bomoh sure meletop! haha

Mungkin tidakkk....



Ok, till then....=)



Related Posts with Thumbnails