Thursday, October 21, 2010

GEMUK dan bukan GEBUU!

Hi All,

Lately I feel that I am so damn GEMUK! Huh, memang betul-betul tak best bila lelemaks tidak lagi dapat dicover. Sungguh tidak menyenangkan.(euww). Bila ku usulkan perkara ini kepada rakan-rakan, ramai pula yang menafikan I GEMUK! (hmm tuan empunya badan ja yang tau).

Bila badan dah mengalami masalah GEMUK tak terkata ini, mula la terbayang saat-saat indah sewaktu zaman muda remaja. tak la kurus sangat tp lebih kecil berbanding sekarang. I mula mengesan masalah GEMUK ni sejak mengandungkan Amrin Hafiy, berat badan meningkat 2-2.5 kg sebulan. Masalah ini bukan disebabkan baby yang dikandungkan terlalu besar, tetapi nafsu makan I pada waktu tu memang tak dapat dikawal, tambahan pula bila dipengaruhi dengan kata-kata makan saja, kesian "Baby Lapar", "Ala~ takpa, makan ja lepas bersalin sure kurus!". Sungguh dukacita bila lahir saja Amrin Hafiy, I tetap maintain GEMUK! (uwaa) even I breastfeeding Amrin Hafiy until his 9 mths age.

Disebabkan tidak mahu terlalu memberi tekanan pada diri ini, I telah memberi tempoh selama 9 bulan selepas bersalin untuk mendapatkan bentuk badan yang asal. (penat jugak la telinga ni bila ramai yang mengatakan "Waahhh, makin berisi ya sekarang"... (takpa sabar-sabar).. Kekentalan dalam diri ni makin bertambah, sebab nak mengantikan puasa sebulan (berpantang bulan Ramadhan) dan disambung pula dengan puasa ramadhan yang lepas,YES, akhirnya, turun lagi 5kg dan kembali ke berat badan asal before my 1st pregnancy!

and now, after Raya... I become worried again.  lelemaks dah mula berleluasa semula!mau tidak nya lately Mr.Syg and I dah tak menjamu selera di luar. Jadi jawapanya I kena la masak sesampainya di rumah dari office. Tau la bila masak sendiri, nak kena la habis kan. (sungguh berselera). Ha ni hidangan yang sungguh lazat untuk last nite...hari-hari lain you all tak tengok lagi...bup bab air liur tu nanti. mana tak GEMUK...




Bila pagi breakfast tidak ditinggalkan,
Bila tengahari lunch pula terpaksa makan,
Bila malam dinner sudah tentula sakan,
Bila GEMUK seantero Malaya aku kecohkan!

So, pasni hopefully dapat maintain kecik sket daripada sekarang...kurus sangat I tak gemoo (hik)

::baruja nak ending entry ni Mr. Syg baru call tanya "Nak nasi lemak tak?" wahh sedapnya! gemuk pun gemuk la!

till then :)


2 comments:

  1. 3G.. hehe, comey wat... sedapnya kuew tiew tu tie... ~ fiza

    ReplyDelete
  2. hihi..tq ..mmg sedap pun! (ANGKAT BAKUL) nak makan jemput la dtg rumah ...:D sesama kita besarkan diri..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails