Hi All,
ish, ish, ish.....pejam celik pejam celik...dah hari jumaat nih!rasanya baru semalam ja jumaat lepas (ha ayat pun dah berbelit) cepat betul masa berlalu dalam dunia sekarang! dulu kalau hari-hari keboring, rasa la lambat betul masa berlalu, tp sekarangni ....boring la tahap dewa pun, tetapi singkat jugak masa nih! memang sahih la masa semakin singkat merupakan tanda dunia ni dah nak kiamat....sampai nak curik masa pun dah tak boleh dah!
cik apa ada terbaca dalam Muslim Diary : http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=786
Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, ia berkata : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga .... zaman semakin berdekatan (terasa singkat)". (Shahih Al-Bukhari, Kitab Al-Fitan 13:81-82)
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah pula, katanya : Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam.
"Artinya : Tidak akan datang kiamat sehingga waktu semakin berdekatan (semakin singkat), setahun seperti sebulan, sebulan seperti sejum'at, sejum'at seperti sehari, sehari seperti sejam, dan sejam terasa hanya sekejap". (Musnad Ahmad 2 : 537-538 dengan catatan pinggir Muntakhab Al-Kanz. Dan diriwayatkan pula oleh Tirmidzi dari Anas : Tuhfatul Ahwadzi Syarah Jami'ay Tirmidzi, Awab Zuhud, Bab Maa Ja-a fi Taqoorubis Zaman wa Qashril Amal 6:624-625. Ibnu Katsir berkata, "Isnadnya menurut syarat Muslim" : An-Nihayah fil Fitan wal Malahim 1:181 dengan tahqiq Dr Thaha Zaini)
betul lah apa yang cik apa rasakan selama ni, ingatkan terlalu busy sampai terasa masa tu cepat, rupanya tidak sama sekali ...ishh terdetik dihati..(banyaknya dosa dalam diri ni) bila la nak bertaubat...khiamat tu kita pun tak tau bilakan?kenapala tak bertaubat ja dari sekarang? takkan nak tunggu kiamat dekat baru nak taubat? (sama case macam nak terberak baru nak korek lubang?) mungkin kejap lagi mati...(haa...sapa tahu) yaAllah ...kerdilnya rasa diri..jahilnya rasa diri...
tengah cik apa dok buat entry ni, amrin hafiy boleh pulak sarungkan jam en.syg ke tangannya yang kenit tu...en.syg amik jam tu dari tangan amrin hafiy...haa apa lagi,beria la amrin hafiy,menjuraikan air mata..terpikir lagi cik apa disini, "nak kena tgu masa ditarik ka baru nak buat benda berpaeda skit?meraung pun da takdak guna..."arghhh lagi la rasa tersentuh dengan sindiran untuk diri sendirini!
mr.google cik apa pinjam jam yang banyak nih ek? |
Lagi satu...marilah kita sama-sama beringat..
mempunyai banyak jam bukan bererti kita mempunyai banyak masa yaa...:P
tp mak masuk kerja hari-hari lambat jua...(itu volleey lakan nyahh?)
till then :)
No comments:
Post a Comment